|
YM Pakguru mengendalikan ujian keberanian |
Tahukah anda? PSGLM menganjurkan Program Mandi Minyak pada setiap Tahun!
Program ini diadakan pada setiap bulan Mei pada setiap tahun. Program tahunan ini adalah program yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak gayung yang menuntut ilmu di gelanggang-gelanggang PSGLM.
Ini kerana, program ini dianggap kemuncak kepada latihan asas anak-anak gayung selepas berlatih di gelanggang selama 4 bulan. Jika di universiti, program ini bolehlah dianggap sebagai hari graduasi anak-anak gayung.
Program yang berlangsung bermula jam 8 malam ini dimulakan dengan jamuan makan malam. Selepas itu, anak-anak gayung akan berkumpul bagi menantikan ketibaan YM Pakguru ke gelanggang silat.
Majlis ini kemudiannya dibuka secara tertib dengan doa dan pengacara majlis. Selesai sahaja dibuka rasmi, program ini lantas diambil alih oleh YM Pakguru bagi mengendalikan program mandi minyak ini.
Pertamanya, YM Pakguru akan menerapkan keyakinan dalam ilmu persilatan mesti disandarkan kepada ALLAH swt. Keyakinan yang diraih mesti pada tahap tertinggi seumpama berjalan merentas gaung yang dalam dengan meniti ranting yang rapuh.
Seterusnya, anak gayung yang terpilih akan dipilih bagi memulakan proses mandi minyak. Anak gayung akan mencelup tangan ke dalam minyak panas kemudian dilumurkan ke seluruh tubuh. Juga, dibantu oleh gurulatih yang bertugas.
Selesai sahaja, anak gayung akan berbaring di atas paku atau kaca bagi menjalani ujian keyakinan. Lantas, perut anak-anak gayung akan ditetak! <--Saat paling mendebarkan bagi semua anak gayung!
Pun begitu, syukur ke hadrat ALLAH swt, tiada kemudaratan berlaku lantaran pertolongan dan keizinan ALLAH mengiringi sesi ini. Lalu, anak gayung akan 'dipepah' atau dipukul badannya dengan kain basah bagi menguji ketahanan dan kekuatan tubuh.
Akhir sekali, anak gayung akan diuji menumbuk betik muda sehingga pecah.
Program ini sangat menarik dan sangat 'momentous' bagi anak-anak gayung, dan menjadi pengalaman sekali seumur hidup yang akan menjadi kenangan sepanjang zaman mereka.
Masa dan pengalaman kini adalah khazanah, peliharalah harta Melayu ini hingga malar ke akhir zaman.
|
Proses penyediaan minyak bermula seawal jam 2 petang, |
|
Proses memasak santan dimulai dengan doa |
|
Gurulatih mesti beradab sopan dan berzikir sepanjang memasak santan |
|
Gurulatih bertugas menimba pengalaman berharga |
|
Jamuan makan sebelum program |
|
Mengambil tenaga terlebih dahulu sebelum program |
|
Anak gayung bersedia untuk program |
|
Majlis dimulakan dengan doa dan taklimat oleh YM Pakguru |
|
Pedang yang terbenam ke dalam beluti menandakan ketajaman pedang tersebut |
|
Anak gayung mencelup tangan ke dalam minyak panas |
|
Seluruh tubuh anak gayung dilumur dengan minyak panas |
|
Anak gayung memilih untuk berbaring atas kaca atau paku untuk ujian keberanian |
|
Anak gayung ditetak dengan pedang |
|
Antara lain, tetakan sambil berdiri |
|
Ujian memecah betik |
|
Cubaan memecah betik |
|
Seluruh kekuatan dikumpul bagi memecahkan betik |
|
Kadang kala, pada cubaan kelima barulah betik pecah |
|
Kesan tetakan di perut anak gayung |
No comments:
Post a Comment