Thursday, October 23, 2014

PRODUK LAIN



Di sini anda boleh mengakses produk koperasi yang lain, KLIK LINK DI BAWAH untuk mengetahui lebih lanjut!

1. KHIDMAT LATIHAN MENJADI EJEN JUALAN TOP UP

2. HERBA AKAR KAYU

3. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Wednesday, October 22, 2014

MANDI MINYAK - BERANI KE?

YM Pakguru mengendalikan ujian keberanian

Tahukah anda? PSGLM menganjurkan Program Mandi Minyak pada setiap Tahun!

Program ini diadakan pada setiap bulan Mei pada setiap tahun. Program tahunan ini adalah program yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak gayung yang menuntut ilmu di gelanggang-gelanggang PSGLM.

Ini kerana, program ini dianggap kemuncak kepada latihan asas anak-anak gayung selepas berlatih di gelanggang selama 4 bulan. Jika di universiti, program ini bolehlah dianggap sebagai hari graduasi anak-anak gayung.

Program yang berlangsung bermula jam 8 malam ini dimulakan dengan jamuan makan malam. Selepas itu, anak-anak gayung akan berkumpul bagi menantikan ketibaan YM Pakguru ke gelanggang silat.

Majlis ini kemudiannya dibuka secara tertib dengan doa dan pengacara majlis. Selesai sahaja dibuka rasmi, program ini lantas diambil alih oleh YM Pakguru bagi mengendalikan program mandi minyak ini.

Pertamanya, YM Pakguru akan menerapkan keyakinan dalam ilmu persilatan mesti disandarkan kepada ALLAH swt. Keyakinan yang diraih mesti pada tahap tertinggi seumpama berjalan merentas gaung yang dalam dengan meniti ranting yang rapuh.

Seterusnya, anak gayung yang terpilih akan dipilih bagi memulakan proses mandi minyak. Anak gayung akan mencelup tangan ke dalam minyak panas kemudian dilumurkan ke seluruh tubuh. Juga, dibantu oleh gurulatih yang bertugas.

Selesai sahaja, anak gayung akan berbaring di atas paku atau kaca bagi menjalani ujian keyakinan. Lantas, perut anak-anak gayung akan ditetak! <--Saat paling mendebarkan bagi semua anak gayung!

Pun begitu, syukur ke hadrat ALLAH swt, tiada kemudaratan berlaku lantaran pertolongan dan keizinan ALLAH mengiringi sesi ini. Lalu, anak gayung akan 'dipepah' atau dipukul badannya dengan kain basah bagi menguji ketahanan dan kekuatan tubuh.

Akhir sekali, anak gayung akan diuji menumbuk betik muda sehingga pecah.

Program ini sangat menarik dan sangat 'momentous' bagi anak-anak gayung, dan menjadi pengalaman sekali seumur hidup yang akan menjadi kenangan sepanjang zaman mereka.

Masa dan pengalaman kini adalah khazanah, peliharalah harta Melayu ini hingga malar ke akhir zaman.

Proses penyediaan minyak bermula seawal jam 2 petang,
Proses memasak santan dimulai dengan doa

Gurulatih mesti beradab sopan dan berzikir sepanjang memasak santan
Gurulatih bertugas menimba pengalaman berharga
Jamuan makan sebelum program
Mengambil tenaga terlebih dahulu sebelum program
Anak gayung bersedia untuk program
Majlis dimulakan dengan doa dan taklimat oleh YM Pakguru
Pedang yang terbenam ke dalam beluti menandakan ketajaman pedang tersebut
Anak gayung mencelup tangan ke dalam minyak panas
Seluruh tubuh anak gayung dilumur dengan minyak panas
Anak gayung memilih untuk berbaring atas kaca atau paku untuk ujian keberanian
Anak gayung ditetak dengan pedang
Antara lain, tetakan sambil berdiri
Ujian memecah betik
Cubaan memecah betik
Seluruh kekuatan dikumpul bagi memecahkan betik
Kadang kala, pada cubaan kelima barulah betik pecah
Kesan tetakan di perut anak gayung




Tuesday, October 21, 2014

FAKTA MENARIK PSGLM


1. Maksud PSGLM:
-Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia.

2. Pengasas PSGLM:
Allahyarham Ustaz Ismail bin Abdul Rahim.
-Allahyarham Ustaz Ismail bin Abdul Rahim. Berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Beliau meninggal dunia pada tahun 1987.

3. PSGLM diasaskan:
-PSGLM diasaskan dan bergerak secara tidak rasmi selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kemudian PSGLM bergerak secara rasmi setelah berdaftar sebagai sebuah 'pertubuhan' pada 1974.

4. Guru Utama PSGLM:
-Pertama: Allahyarham Ustaz Ismail bin Abdul Rahim.



YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh. AMP., PKC.
-Kedua: YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh. AMP., PKC., Pakguru dilahirkan pada 17 Januari 1946. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima Pingat Kerja Cemerlang (PKC) yang dianugerahkan oleh DYTM Sultan Pahang pada 2004. Manakala Pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP) diterima pada Oktober 2010.

5. Guru-guru Silat Pakguru Tabib Zakaria:

Haji Uteh bin Dollah
-Haji Uteh bin Dollah. Haji Uteh adalah bapa kepada pakguru. Beliau berketurunan ulama Pahang iaitu Haji Ibrahim. Beliau menurunkan ilmu seni silat tongkat, ilmu kerohanian, dan hakikat kepada pakguru. Haji Uteh pernah menjadi murid kepada Tok Kenali atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Ahmad, seorang yang karamah di Kelantan.

-Pak Busu Deris. Pakguru menuntut dengan Pak Busu Deris pada tahun 1967. Pak Busu deris mempunyai ilmu gagah dan pernah menumpaskan seekor gajah ketika mencari rotan di hutan.

-Kiyai Arshad. Pakguru menuntut dengan Kiyai Arshad pada tahun 1970 sewaktu di Selayang. Pakguru telah diijazahkan oleh Kiyai Arshad dengan ilmu kebatinan dan ilmu besi.

-Tuan Haji Yaakob bin Tawang. Beliau adalah seorang ketua kampung di Kampung Bharu, Jerantut. Hj Yaakob menggunakan ilmunya untuk menyekat komunis daripada memasuki kampung. Hj Yaakob mengajarkan ilmu agama, memasung musuh, dan ilmu kebatinan kepada pakguru.

-Pawang Nong. Pawang Nong adalah seorang Pawang DiRaja yang mempunyai ilmu kebatinan yang cukup tinggi dan terkenal di Jerantut dengan sejarah melawan musuh dan imu sihir di kampungnya (yang kini dikenali dengan nama Kampung Pawang Nong). Pawang Nong telah mengijazahkan Pakguru dengan ilmu kebatinan.

-Zakaria bin Abdul Rahim. Beliau berasal dari Indonesia. Daripada beliau, pakguru menuntut ilmu kebatinan.

-Ustaz Ismail bin Abdul Rahim Malim Mas. 
Allahyarham Ustaz Ismail bin Abdul Rahim
Ustaz Ismail adalah anak kepada ulama yang terkenal di Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia. Ketika mula-mula menjejakkan kaki di Malaysia, Ustaz Ismail menetap di Kampung Terung, Perak. Setelah diterima menjadi penduduk tetap, Ustaz Ismail berkhidmat sebagai anggota tentera sehingga berpangkat Sarjan Mejar. Setelah berkahwin, beliau berpindah ke Sungai Penchala, Selangor, dan mengasaskan PSGLM pada tahun 1974. Beliau telah mengijazahkan kepada pakguru Ijazah Kerohanian yang menjadi tuntutan anak-anak gayung sehingga kini. Ustaz Ismail meninggal dunia pada tahun 1987.

6. Sejarah PSGLM:
-1974: Mula ditubuhkan dan bergerak secara rasmi.

-1978: Demonstrasi Besar-besaran Peringkat Kebangsaan di Padang TPCA Kuala Lumpur, pada 28 Mei. Penasihat PSGLM ketika itu adalah YB Dato Sri Kamaruddin Bin Mohd Isa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perasmian disempurnakan oleh YB Dato Saadon bin Mohd Noh, Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan.

-1980: Kementerian Belia dan Sukan telah menaja Pertubuhan untuk satu pertandingan di peringkat ASEAN di Singapura dan YM Pak Guru Ustaz Ismaildiberi penghormatan sebagai seorang Hakim dalam Pertandingan tersebut.

-1986: Allahyarham Pakguru Ustaz Ismail terlibat dalam penubuhan PESAKA kebangsaan.

-1987: Ustaz Ismail meninggal dunia. Selepas itu, PSGLM diterajui oleh YB Abdullah Hashim bin Mohd Ali sebagai Presiden, dan YM Pakguru Tabib Haji Zakaria sebagai Guru Utama.

-1997: YB Abdullah Hashim meninggal dunia. YM Pakguru Tabib Haji Zakaria menggalas tanggungjawab sebagai Presiden dan Guru Utama.

-1999: PSGLM menyambut ulangtahun Jubli Perak. Iaitu sambutan ke-25 penubuhan PSGLM. Majlis disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Tuanku telah sudi menerima dan diselempangkan Selempang Sri Setia Perdana Laksamana Khalifah Agong DiRaja. Mulai saat itu (17 Oktober 1999), Penaung PSGLM adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

-2003: Pada 9 Oktober, Pakguru terlibat dengan Festival Seni Bela Diri DiRaja Pahang.

-2004: Pakguru Tabib Zakaria dianugerahkan Pingat PKC (Pingat Kerja Cemerlang).

-2010: Pakguru Tabib Zakaria dianugerahkan Pingat AMP (Ahli Mahkota Pahang).

-2011: Pada bulan Mei, Pakguru terlibat dengan penggambaran silat bagi penubuhan Muzium Silat di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Pada bulan November, Koperasi Pengamal Perubatan Tradisional Gayung Laksamana Berhad (Gama Petra Bhd) ditubuhkan.

-2012: Pada bulan Oktober, kontinjen PSGLM telah memenangi tempat kedua dalam Kejohanan Silat Tradisional Pahang. Pertandingan tersebut diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

7. Maksud Logo PSGLM:

-Menurut Undang-undang Bagi Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia, logo PSGLM ditakrifkan seperti berikut:

-Logo Pertubuhan ini berbentuk bulat. Bendera berlatar belakangkan warna hijau dan terdapat logo pertubuhan di tengah-tengahnya. Di dalam bulatan logo tersebut terdapat sebilah keris dan sarung bersilang. Di bahagian tepi logo ini terdapat perkataan 'PERTUBUHAN SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA'. Warna-warna yang terdapat dalam logo ini ialah merah, putih, kuning, dan hijau, yang membawa pengertian berikut:

-Merah: Sifat amanah, kesetiaan, dan semangat berani di atas kebenaran dan keadilan.
-Putih: Kejujuran, ketaatan, dan kesucian hati.
-Kuning: Kedaulatan Raja-raja dan kebenaran seni silat berkait rapat dengan Raja-raja Melayu pada zaman silam.
-Hijau: Lambang keislaman yang menjadi asas pegangan ahli pertubuhan ini.

8. Cogan kata PSGLM:
-"SENI GAYUNG LAKSAMANA MEMARTABATKAN MARUAH UMMAH".

Sunday, October 19, 2014

RAWATAN BEKAM

YM Engku Azmi bin Engku Othman,
Pegawai Perubatan Koperasi Gama Petra Berhad


Menampilkan YM Engku Azmi bin Engku Othman, salah seorang pegawai perubatan tradisional Gama Petra Berhad yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang perubatan ini.

Beliau merupakan juru bekam yang bertauliah dan mempunyai sijil kelayakan untuk berbekam seperti yang dikeluarkan oleh Konsultan Thibbun Nabawi.

Beliau juga aktif menjalankan rawatan bekam di negeri Pahang terutamanya di daerah Jerantut, Temerloh, Jengka, Bera, Triang, dan Kuantan.


PERKHIDMATAN

Bekam Angin
Proses bekam ini tidak menyakitkan dan hanya menyedut angin di bahagian tubuh yang bermasalah. Tidak melibatkan penggunaan jarum dan pisau. Bahagian yang dibekamkan diurut terlebih dahulu dan diikuti dengan proses menyedut angin.

Rawatan bekam angin




Bekam Darah
Nampak menyakitkan, namun percayalah, ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat. Peralatan yang digunakan adalah jarum, dan bukannya pisau.

Tahukah anda? Penggunaan jarum lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan parut. Kerana, jarum yang menembusi kulit hanyalah berkedalaman 2 mm sahaja! Dan ini sangat berbeza sekiranya anda menggunakan pisau, kedalaman penembusan pisau ke dalam kulit tidak konsisten dan dalam, ini sekaligus menyebabkan darah sukar berhenti dan meninggalkan parut!
Rawatan bekam darah

Dapatkan rawatan bekam di premis kami sekarang!

Hubungi/WhatsApp YM Engku Azmi dan Pn Mazlia, SEKARANG! Di talian 0113-213 2977.

Saturday, October 18, 2014

HUBUNGI KAMI

Carian GPS dan Google Maps, KLIK DI SINI

PREMIS

Pusat Rawatan Sri Laksamana 1:
B-5, Tingkat Bawah,
Arked MARA Jerantut,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel: 019-904 9837
0111-783 4773

Pusat Rawatan Sri Laksamana 2:
No. 26, Jalan Bandar Lama Jerantut,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel: 0113-213 2977

Pusat Rawatan Sri Laksamana 3:
194, Jln Sri Semantan 2, Taman Sri
Semantan, 28000 Temerloh, Pahang.
Tel: 0113-213 2977

Pusat Rawatan Sri Laksamana 4:
Lot PT 4426, Kaw. Tanah Bekas
Perajurit, Tmn. Sepekan Jaya,
26600 Pekan, Pahang.
Tel: 019-9523721

Pusat Rawatan Sri Laksamana 5:
Medan Selera Maran,
R&R Lama Bandar Maran,
26500 Maran,
Pahang.
Tel: 0113-213 2977




PEGAWAI

Kaunseling keluarga/Membuang sihir/Ijazah kerohanian/Memulihkan tenaga batin:
YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh AMP., PKC.,
019-904 9837
0111-783 4773

Bekam angin/Bekam darah/Urutan tradisional:
YM Engku Azmi bin Engku Othman,
0113-213 2977

Urutan badan/Urutan kaki:
En Hasmawi bin Abu Hassan,
013-912 7538

Alatan silat/Uniform silat/Keris/Pisau lapah:
En Mohd Adzikri bin Aziz,
017-627 7146
016-263 3023

Persembahan silat/Persembahan kompang:
En Alias bin Mohd Padzil,
019-917 0199



E-MEL

koopgamapetra@gmail.com

RAWATAN TRADISIONAL

YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh. AMP., PKC.
Presiden Pengamal Perubatan Tradisional Pahang (PETRA)

Menampilkan Presiden Pengamal Perubatan Tradisional Pahang (PETRA), YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan pesakit yang memerlukan rawatan tradisional.

Antara masalah yang boleh diikhtiarkan ialah:

1. Membuang sihir.
2. Rumahtangga berpecah-belah.
3. Suami atau isteri tidak sekata.
4. Mengembalikan tenaga kelelakian.
5. Mengambil Ijazah Kerohanian untuk pertahanan diri/merawat orang.

Sebarang penyakit ada ubatnya, kita cuma berikhtiar, kesembuhan adalah milik ALLAH swt.

Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan rawatan, anda boleh hubungi YM Haji Zakaria di nombor berikut:
019-904 9837
0111-783 4773

Atau, dapatkan alamat dan datang terus ke premis Gama Petra Berhad dengan berpandukan alamat di ruangan Hubungi Kami.

Wednesday, October 15, 2014

PELANCARAN BLOG KOPERASI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL GAYUNG LAKSAMANA PAHANG BERHAD



Assalamualaikum wa rahmatullahi taala wa barakatuhu,

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Pengasih,

Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang diucapkan kepada anda semua yang melawat ke blog ini!

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan pelanggan untuk mengakses produk-produk Koperasi Pengamal Perubatan Tradisional Gayung Laksamana Pahang Berhad tanpa perlu hadir ke koperasi.


Untuk pengetahuan semua, Koperasi Pengamal Perubatan Tradisional Gayung Laksamana Pahang Berhad, atau singkatannya Koperasi Gamapetra, adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 2011.

Keanggotaan koperasi ini adalah terbuka kepada ahli Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional (PETRA) Pahang, dan juga ahli Pertubuhan Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM).


Koperasi ini menyediakan perkhidmatan yang pelbagai seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Rawatan terkena sihir.
2. Menjampi air penawar.
3. Membuang saka.
4. Membuang sihir.
5. Memulihkan tenaga batin.
6. Kaunseling rumah tangga.
7. Bekam darah.
8. Bekam angin.
9. Urutan tradisional.
10. Persembahan silat semasa majlis perkahwinan.
11. Persembahan kompang semasa majlis perkahwinan.
12. Penjualan akar kayu dan herba tradisional.
13. Menjual uniform silat.
14. Menjual keris.
15. Menjual pisau lapah.
16. Menjual cenderahati berbentuk keris.
17. Menjual 'body protector'.
18. Menjual 'kicking target'.
19. Menjual 'target bait'.
20. Menjual baju-t PSGLM.
21. Menjual barangan runcit.

Tidak terhad seperti di atas, anda boleh melawat ke koperasi kami bagi melihat pelbagai bentuk barangan yang dijual!

Juga, dapatkan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan koperasi dengan menghubungi terus pegawai koperasi ini:

Kaunseling keluarga/Membuang sihir/Ijazah kerohanian/Memulihkan tenaga batin:
YM Pendekar Tabib Haji Zakaria bin Haji Uteh AMP., PKC.,
019-904 9837
0111-783 4773

Bekam angin/Bekam darah/Urutan tradisional:
YM Engku Azmi bin Engku Othman,
0113-213 2977

Urutan badan/Urutan kaki:
En Hasmawi bin Abu Hassan,
013-912 7538

Alatan silat/Uniform silat/Keris/Pisau lapah:
En Mohd Adzikri bin Aziz,
017-627 7146
016-263 3023

Persembahan silat/Persembahan kompang:
En Alias bin Mohd Padzil,
019-917 0199

Atau, e-mel terus kepada koperasi Gama Petra Berhad di alamat ini:
koopgamapetra@gmail.com